As-salam semua. Maaf ya lama tak update blog ni. Bersarang hampir 2 bulan. Almaklum, cuti sekolah. Saya jadi supermama ke sana ke sini. Dalam kesibukan saya menguruskan anak dan suami, saya telah di datangi seorang pengunjung blog ini yang bertanyakan tetang pembelian emas secara Easy Payment Purchase (EPP). Maaf sekali lagi ya sebab tak dapat nak terangkan secara details di What's App tempoh hari. Hari ini saya kongsikan semula langkah-langkah yang perlu anda lakukan untuk pembelian emas melalui EPP ini.
Antara langkah penting yang perlu anda lakukan sebelum membuat pembelian emas melalui EPP adalah:
- Sila rujuk katalog produk (rantai, gelang tangan atau pendant) di www.publicjewellery.com.my
- Pilih produk yang berkenan di hati
- Semak harga semasa emas per gram di sebelah kanan website tersebut (lihat pada bahagian PG Sell)
- "Lock" harga dengan membuat tempahan kepada saya di 0193168392 (akad jual beli emas di lakukan).
- Buat pembayaran mengikut jadual pembayaran ansuran yang akan diberikan selepas akad pembelian di lakukan selama empat bulan berturut-turut
- Selesai membuat pembayaran emas terakhir anda, anda akan diberikan surat milikan emas dan emas yang telah dibeli sebelum ini.
Bagaimana Easy Payment Purchase (EPP) ini berfungsi?
1) Anda hanya perlu membayar:
- Harga barang kemas yang di ingini tanpa sebarang kos upah
- Admin charge sebanyak 0.05%
- Transportation charge bagi setiap 10gram emas kecuali dinar (tiada transportation charge dikenakan bagi pembelian dinar emas)
2) Setelah akad jual beli dilakukan antara pembeli dan penjual, satu jadual pembayaran ringkas akan diberikan. Anda hanya perlu membuat bayaran pada setiap tarikh yang sama setiap bulan selama 4 bulan berturut-turut. Ini bagi memudahkan anda ingat untuk membayar baki bulanan pada setiap tarikh yang sama.
3) Setelah selesai baki bayaran terakhir di lakukan, emas yang anda pesan kini sah menjadi milik anda.
4) Anda akan miliki emas beserta surat pemilikan emas yang membolehkan anda menjual semula, menggadai mahupun memajak emas anda kelak.
Mudahkan! Jadi, sekiranya penjelasan saya ini masih lagi mengelirukan, hubungi saya. Saya akan cuba sehabis baik untuk menerangkan pembelian emas secara ansuran ini. Anda juga di alu-alukan untuk membaca entri saya sebelum ini bagi mendapatkan penjelasan lanjut. Kepada sahabat yang bertanya di What's App sebelum ini, di harap entri ini dapat membantu pemahaman anda tentang EPP ini ya! Saya mohon maaf atas segala kekurangan dari segi masa dan kelewatan menjawab persoalan yang di ajukan. Selamat membeli emas semua!
Salam sayang,
Puan Ery Sufiariantiey