Tuesday, 28 October 2014

Tips DUIT Untuk Hamil

Tips DUIT Untuk Hamil. Saya cukup faham perasaan hiba, sebak dan sedih bila melihat tiada dua jalur terang di alat ujian kehamilan anda. Jujurnya, saya tidak pernah melakukan sebarang ujian kehamilan sendiri sebelum mengandungkan Aniqah Delisya. Ujian kehamilan pertama saya dilakukan oleh doktor setelah saya demam dan ke klinik (anda boleh baca di entry ini ) dan Alhamdulillah, ianya positif. 

Gambar kredit: siraplimau.com
Setelah berjaya dalam kehamilan pertama dan melahirkan Aniqah Delisya, kami suami isteri merancang untuk mendapatkan anak kedua. Tapi, mungkin belum rezeki kami untuk dikurniakan anak kedua. Setiap kali melakukan ujian kehamilan, keputusan ujian tersebut hanyalah satu jalur terang seperti gambar di atas. Negatif! Bagaimana membaca keputusan alat ujian kehamilan anda? Nanti saya ceritakan dalam entri yang lain ya! 

Baiklah, seperti yang saya janjikan pada anda semua di entry saya sebelum ini, hari ini saya akan kongsikan Tips DUIT untuk HAMIL. Tapi sebelum itu, siapa yang tidak sukakan DUIT? Sila angkat tangan! Semestinya kita semua sukakan DUIT. Tapi apa kaitan DUIT dengan HAMIL?

Saya suka untuk kongsikan segala tips yang saya gunakan dalam kehidupan seharian dengan trengkas DUIT. Pada saya, 'D' adalah DOA, 'U' adalah USAHA, 'I' adalah IKHTIAR dan 'T' adalah TAWAKAL. Dalam tips untuk hamil ini, saya menggambarkan DUIT sebagai:

DOA - Sebagai umat Islam yang beriman kepada Qada' dan Qadar, kita wajib yakin dengan segala ketentuan dan rezeki yang telah Allah aturkan buat kita semua. Allah Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui, jadikanlah Dia sebagai tempat mengadu dan meminta sesuatu hajat yang diingini kerana Allah sangat suka pada hambaNya yang meminta pertolonganNya. Doa di bawah boleh diamalkan untuk persediaan memiliki zuriat yang soleh:

Sumber dari siraplimau.com

USAHA - Kenali diri dan pasangan anda. Senaraikan " To Do List" anda bersama. Apa itu "To Do List"?

"To Do List" adalah senarai usaha yang perlu anda lakukan untuk menjayakan sesebuah perhubungan dan usaha anda untuk hamil.
  • Jika selama ini anda tidak pernah ambil tahu tentang waktu subur anda, sila ambil pen dan kertas, rekodkan kitaran haid dan tentukan waktu subur anda.
  • Jika anda kekurangan nutrien, usaha anda adalah untuk mengambil makanan yang membantu untuk anda subur. 
  • Jika anda terlalu gemuk, usaha anda adalah untuk menurunkan berat badan. Berat badan yang terlalu gemuk akan menyebabkan obesiti dan kemungkinan anda menghidap PCOS!
  • Jika anda penggemar tegar kopi dan rokok, usaha anda adalah untuk mengelakkan diri dari terus menikmati kedua-duanya atau anda akan hilang nikmat kesuburan secara total!
  • Jika anda stress, usaha anda adalah untuk merawat punca stress ini dari merebak.
  • Dan jika anda kurang bersama, usaha anda adalah memperbaiki corak persembahan dan jadikannya segar seperti malam pertama!
IKHTIAR - Sila rujuk "To Do List" yang telah anda senaraikan pada tahap USAHA. Sebagai contoh:

1) Jika anda tidak mengetahui waktu subur anda, anda sebenarnya pelik! Untuk hamil, anda perlu mencatit tarikh datang haid setiap bulan bagi mengetahui kitaran haid anda normal ataupun tidak. Entri ini akan saya bincangkan nanti ya!

2) Jika anda kekurangan nutrien, anda perlu memastikan badan anda mengambil makanan yang kaya dengan prenatal vitamin berikut bagi memudahkan anda hamil. Antaranya ialah:
  • Zat besi (iron)
  • Asid Folic
  • Kalsium
  • Omega 3
3) Jika anda terlalu gemuk dan ingin menurunkan berat badan, anda boleh berikhtiar dengan:
  • Melakukan senaman kardio, aerobik, yoga dan pelbagai senaman lain yang membantu pembakaran kalori.
  • Mengamalkan diet seimbang dalam menu harian.
  • Mengambil makanan tambahan berkhasiat yang membantu menurunkan berat badan anda secara selamat dan berkesan.
4) Jika anda penggemar tegar kopi dan rokok, ikhtiar anda adalah dengan:
  • Mengurangkan bilangan rokok dan cawan kopi yang diambil sehari sehingga "zero intake".
  • Berusaha menjauhkan diri dari rakan-rakan yang merokok.
  • Berpuasa.
  • Beralih kepada kopi yang kurang asid dan jumlah kafein yang lebih rendah.
  • Mengambil makanan tambahan berkhasiat yang membantu mengurangkan keinginan untuk merokok dan gian terhadap kafein.
5) Jika anda stress, cuba kenali punca stress anda yang sebenar. Stress atau tekanan adalah tindak balas fizikal, emosi dan mental seseorang terhadap sebarang perubahan atau tuntutan. Ia boleh disebabkan oleh persekitaran tempat kerja, bahan kimia dan pemakanan, ancaman, konflik dalam diri dan keluarga, kerjaya dan masyarakat sekeliling. Stress juga adalah musuh kesuburan yang utama kerana boleh menyebabkan anda gemuk dan kurang keyakinan diri!
Saya ambil contoh stress yang disebabkan oleh persekitaran tempat kerja dan pemakanan anda. Bayangkan, seawal 7 pagi, anda keluar rumah untuk ke tempat kerja dan terlibat dalam kesesakan lalu lintas. Sesampai di pejabat, anda mempunyai ruang kerja yang sempit, keadaan kerja yang tidak sesuai, bising, kawasan yang kotor dan tidak selesa, pencemaran dan pengurusan persekitaran yang tidak cekap. Seharian bekerja dari jam 8 pagi hingga 5 petang dalam situasi ini amat memenatkan bukan sahaja penat fizikal malahan mental turut kepenatan. 

Terlintas di fikiran anda untuk "coffee break" yang mungkin pada anda dapat menenangkan kepenatan seharian bekerja. Hakikatnya, ramai yang tidak menyedari, kafein boleh menyebabkan hormon stress dalam badan anda meningkat dan menyebabkan anda sukar untuk tidur dan menyebabkan ketidakselesaan. 

Anda masih fikirkan sesuatu untuk menenangkan diri. Ya! Anda akan terdorong untuk mengambil makanan bergula dalam jumlah yang besar seperti donut, kek dan sebagainya. Peningkatan kandungan gula dalam darah dari pengambilan makanan yang manis dan coklat boleh memberi tenaga berlebihan kepada diri anda dalam masa yang singkat. Keadaan ini menyebabkan badan anda menghasilkan lebih banyak insulin bagi mengimbangi kandungan gula itu . Ia boleh memberi kesan ke atas penurunan tenaga yang mendadak selepas kenaikan kadar gula yang tinggi. Jangan lupa ya! Donut dan kek tadi juga mengandungi garam. Pengambilan garam yang berlebihan boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah dan meletakkan badan anda mengalami stress disebabkan berlebihan bahan kimia.

Alamak! Bagaimana ni? Sudah jatuh ditimpa tangga pula! Badan kepenatan, stress berpanjangan, terlebih makan, 'tergemuk' pula! Macam mana nak beraksi dengan pasangan andai badan anda kepenatan? Solusinya, ikhtiar terbaik untuk anda adalah kenali punca stress anda terlebih dahulu. Rancang masa dan aktiviti anda sebaik mungkin. Anda bukan robot yang mampu bekerja 24 jam. Badan anda perlukan rehat secukupnya barulah anda berkeyakinan dan lebih tenang untuk beraksi! 

6) Dan jika anda 'kurang bersama' dengan pasangan anda, anda perlu segera sedar! Ikhtiarlah dengan:
  • Melakukan semua di atas.
  • Memperbanyakkan ilmu pengetahuan tentang hubungan kelamin bersama pasangan.
  • Merujuk pakar andai anda mengalami masalah ejakulasi, stress, diet dan sebagainya.
  • Mendapatkan makanan tambahan yang selamat dan berkesan yang membantu menghangatkan hubungan anda dan pasangan di ranjang.
TAWAKAL - Sila berikan tepukan pada diri anda sendiri sekiranya anda telah melakukan kesemua di atas. Langkah seterusnya adalah anda perlu bertawakal kepada Allah dan yakin dengan ketentuanNya. Jangan pernah berputus asa. Sentiasa bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan. InshaAllah, apabila sampai waktunya, akan ada rezeki anak untuk anda sekeluarga.

Mudah-mudahan ada rezeki kita semua untuk menambah bilangan ahli keluarga setelah mengamalkan tips-tips yang saya kongsikan ya! Doakan saya untuk hamil kali ke-2 juga ya kawan-kawan! Saya pun turut mendoakan anda yang membaca entri saya ini turut hamil seperti saya! Amin! Nanti kita boleh beradu tenaga bersama-sama di hospital! Jom kongsikan dengan saya ciri-ciri hospital pilihan anda!

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan makanan tambahan semulajadi yang selamat, tanpa sebarang bahan kimia berbahaya dan berkesan, boleh hubungi saya, Puan Ery di talian 019-3168392. Segala konsultasi sebelum, semasa dan selepas pembelian produk adalah percuma. Izinkan saya berikhtiar untuk membantu anda yang mempunyai masalah obesiti, stress dan kemurungan, kesuburan dan sebagainya melalui produk Shaklee dan semestinya penyembuhan itu dengan izin Allah S.W.T jua akhirnya. InshaaAllah.

Friday, 17 October 2014

Saya Berjaya Hamil!

Saya Berjaya Hamil! Ya! Menjadi impian setiap pasangan yang sudah berumahtangga untuk memiliki zuriat sendiri, lebih-lebih lagi kalau ianya bunting pelamin! Salah seorang daripada mereka itu adalah kami. Alhamdulillah, 3 bulan selepas pernikahan kami, Allah telah mengizinkan kami untuk memiliki zuriat. 

Sebelum itu, kami pernah terfikir untuk merancang untuk tidak hamil dalam waktu terdekat. Kononnya kami hendak berbulan madu terlebih dahulu. Tapi akhirnya apabila puas diasak soalan bertubi-tubi, "Dah 2 bulan kahwin, tiada apa-apa berita gembira ke?" ataupun "Sudah ada isi?" atau pun "Bila hendak dapat anak?". Kami hanya mampu tersenyum. Pada saya, soalan ini agak sensitif untuk ditanyakan. Ini kerana ianya mengambil kira pelbagai aspek. Dalam kes kami, kami ada sebab tersendiri untuk merancang kehamilan di awal perkahwinan.

Banyak faktor di ambil kira. Antaranya:
  • Kami masih dalam fasa bulan madu.
  • Kewangan masih belum stabil.
  • Belum bersedia untuk menjadi ibu dan bapa.
Ini antara sebabnya. Tapi kalau tanya balik soalan ini pada saya setelah melahirkan Aniqah Delisya, saya akan katakan yang ianya berbaloi untuk hamil di awal perkahwinan kerana kini kami sangat bahagia bersama anugerah Allah S.W.T ini.

Alhamdulillah, Terima kasih Allah. Sungguh tidak terucap dengan kata-kata apabila diri disahkan hamil. Perasaan waktu tahu Ery hamil seperti minta di cubit! "Eh! betul ke ni doktor?". Anda hendak tahu kisahnya? Jom saya kongsikan.

Pada 10 Februari 2013, Ery dan suami ke Cameron Highlands. Ini merupakan percutian yang tidak dirancang ya! Disebabkan hari itu adalah Tahun Baru Cina, teramat payah untuk kami mendapatkan bilik hotel. Akhirnya Hotel Jasmine menjadi pilihan. Harga untuk satu bilik standard ialah RM300 semalam! Memang mahal. Jadi bermusafirlah kami disini. 

Balik dari Cameron Highlands, Ery demam seminggu. Ery sangat jarang demam, jadi bila sekali jatuh sakit, memang akan berlanjutan 1 hingga 2 minggu. Encik suami pun  tak sampai hati tengok isterinya melepek, di bawaknya berjumpa doktor. Semasa doktor tuliskan preskripsi ubat, tiba-tiba dia berhenti menulis dan spontan bertanya pada Ery.

Doktor: "Haid awak macam mana?"
Ery: "Okay doktor, cuma bulan ini terlambat sedikit, kenapa?"
Doktor: "Awak buat ujian air kencing sekarang ya", arah doktor sambil suakan botol kecil pada Ery.

Dalam hati Ery, "Kenapa pula ni?". Tapi jauh disudut hati, Ery dapat mengagak cuma tak mahu terlalu mengharap. Macam-macam perasaan ada. Seronok tapi risau pun ada!

Selepas serahkan botol kecil tu pada penjaga makmal, tak sampai 10 minit doktor tadi datang dengan membawa keputusan. "Oh! Patutlah awak demam. Saya kena tukar ubat awak tadi". "Hah! Kenapa doktor? Saya sakit apa?". Ery panik sekejap. Memang lawak! Kami tak pernah tahu macam mana nak buat ujian kehamilan sehingga doktor tadi menunjukkan keputusan UPT ku!! Yeay!! Dua garisan halus yang terang menandakan Ery hamil! Suamiku terdiam, tak kata apa-apa! Terkejut agaknya bakal jadi papa. Sampai dalam kereta pun dia tak berbunyi sepatah kata. Ery? Senyum sampai ke telinga!

 Alhamdulillah, saya disahkan hamil 7 minggu.
Itu pengalaman pertama kami bergelar ibubapa. Alhamdulillah. Kami bersyukur sangat dikurniakan zuriat secepat ini. Sebenarnya, tiada satu kerugian pun kalau dapat rezeki anak awal. Jangan risau pasal kewangan yang tidak stabil kerana setiap anak yang lahir  ke dunia membawa rezeki masing-masing. Jadi, bersangka baik dengan pemberian Allah. Insya Allah, kami akan cuba menjaga sebaik mungkin amanah yang Allah telah titipkan buat kami berdua.

Buat anda yang masih belum hamil, saya akan kongsikan pada anda tips untuk hamil pada entry yang seterusnya. Mudah-mudahan ianya bermanfaat dan dapat membantu anda semua dalam usaha memiliki zuriat. Sesungguhnya, yang baik itu datang daripada Allah, dan yang buruk itu datang daripada kelemahan saya sendiri. Wallahu'alam.

Salam sayang,

Puan Ery Sufiariantiey

Thursday, 9 October 2014

ESP!! Penyelamat breakfastku!!

As-salam semua sayang manissss!!

Pagi-pagi lagi dah sibuk uruskan En.Bumux gi kerja. Cuma pagi ni sarapan kami sangat ringkas! 3minit dah siap terhidang! Huhuhuhu..maafkan ku wahai En.Bumux. Isterimu terlewat bangun pagi ni. Mujur xterlepas solat subuh! Fuhhhhh...

Ok, apa menu breakfast kami pagi ni? Jeng..jeng..jeng!!

:
:
:
:
:
:
:
:




Senang je! 2 scoop ESP Shaklee + Air Suam 100ml + 1 sdb Mango Concentrate + 1/2 sachet Shaklee Collagen Powder. Shake well! Ready to be served! x sampai 3minit pun dah boleh minum.

Apa resepi breakfast anda pagi ni? Jom kongsikan dengan saya ye!

Salam sayang,

Puan Ery Sufiariantiey

Mummylicious yang LAZAT!!

As-salam manisss..

Tengok tajuk je memang menyelerakan! Hik3! Hari ni saya nak kongsikan minuman kegemaran kami sekeluarga. Yup! Semestinya Susu Kambing MUMMYLICIOUS yang SANGAT SEDAP!! 

DETIK PERKENALAN K.a.M.i

Saya ni memang suka blogwalking, tapi tak pernah terfikir nak create blog sendiri. Nak dijadikan cerita, adik u-mate saya ni PM saya di Facebook ..

"Kak Ery, saya ada masalah susu badan dropla kak! Dah macam-macam produk saya cuba, tapi semuanya sama. HASILNYA MENGECEWAKAN!! Anak kecil lagi ni, baru 2 bulan, xkan nak stop breastfeed? Tolonglah saya kak..."

Buat pengetahuan semua, saya adalah ibu tegar yang membuat penyusuan ekslusif buat Si Bumel saya. Memang dari pregnant lagi saya dah niat untuk fully breastfeed Aniqah sehingga 2 tahun. InshaAllah. Mudah-mudahan Allah perkenankan hajat saya tu. Semestinya bila dapat PM macamni, naluri keibuan saya terusik. So saya pun menggunakan khidmat En.Gugel untuk mencari alternatif makanan sunnah bagi membantu penghasilan susu badan yang akhirnya menemukan saya dengan Susu Kambing Mummylicious.

Bukan sekadar menyediakan susu kambing formula untuk bayi berumur 6 bulan ke atas, malah ia juga menyediakan MILK BOOSTER untuk membantu ibu-ibu yang mengadapi masalah KURANG SUSU BADAN. Menariknya, Milk Booster ini TIDAK MENGANDUNGI GULA TAMBAHAN dan terdapat dalam 2 perisa yang sangat sedap iaitu Vanila dan Strawberi. 

Ianya juga sesuai untuk ibu-ibu yang SEDANG HAMIL ye! Susu ni membantu ibu-ibu hamil yang mengalami masalah tekanan darah rendah (confirm HB cantik sepanjang hamil!), ketegangan urat, sendi dan otot, kekurangan kalsium, gastrik, morning sickness, sembelit dan kerap demam supaya kembali bertenaga menjalani tempoh kehamilan dengan ceria!

Maka bermulalah kisah cinta saya dan Mummylicious. Saya mendaftar sebagai Ejen Jualan Mummylicious dengan pembelian 5 jar (2jar untuk saya, 3jar lagi untuk adik u-mate saya). Alhamdulillah, kami amat berpuas hati dengan penghasilan susu badan selepas hampir sebulan mengambil susu kambing Mummylicious ni. Tak hamis langsung! Sedap! Sangat mengenyangkan! Penghasilan susu sangat MERIAH! So, selesailah masalah adik u-mate saya tu. Sehingga kini dia masih fully breastfeed anaknya dan mengamalkan susu kambing Mummylicious ni sebagai Milk Booster. Ini semua dengan izin Allah juga ya!

Meh nak belanje sikit kawan-kawan semua gambar Mummylicious Si Milk Booster yang Super Hot nih!




Yang kat bawah ni pula senarai khasiat yang terkandung dalam Mummylicious Milk Booster ni:






So, yang kat atas tu pengalaman kami. Anda pula bagaimana? Jika anda menghadapi masalah penyusuan yang sama dan ingin mendapatkan susu kambing Mummlicious sebagai alternatif penyusuan anda, boleh hubungi saya, Puan Ery @ 0193168392. Yang berdekatan dan nak C.O.D pun boleh, tapi sekitar Kapar, Meru, Klang dan Shah Alam sahaja ye! Untuk pengeposan susu ke seluruh Malaysia juga turut disediakan. 

Eh! Mak Yong pun boleh ambil ye! Meh WA saya lekaih!

Happy Breastfeeding!!

Puan Ery Sufiariantiey

Hi! Hi! Hi!

Assalamu'alaikum w.b.t semua..

Salam perkenalan buat adik kakakku yang manissss..

Selamat datang ke catatan peribadi Pn.Ery yang masih baru berjinak-jinak dalam dunia blogging ni. First foremost, saya minta maaf ye andai ada daripada post saya yang secara tak sengaja tersentuh hati kecil kawan2 ye. Mohon diberikan tunjuk ajar agar semuanya baik2 sahaja.

Siapa Puan ERY SUFIARIANTIEY?

Saya isteri kepada En. Mohd Norrasyid bin Sudarno, yang wataknya dalam e-diari saya ni sebagai En. Bumux dan ibu kepada Aniqah Delisya; yang wataknya sebagai Si Bumel. Hehehe.. mereka berdua lah permata hati saya dunia akhirat. Insha Allah.

Perkongsian di dalam blog ni lebih kepada perkongsian peribadi, tentang kehidupan kami, apa yang kami suka lakukan, hobi masa lapang, travelog cinta kami, bisnes kecil2 kami dan sebagainya. Anda dipersilakan untuk meninggalkan jejak supaya saya boleh melawat blog kawan2 yang comel dan gojesh itu!

Oppss! Si Bumel ku dah menangis minta di teman. Rasanya sampai disini dulu sesi ta'aruf kita kali ini. Nanti saya update lagi temujanji kita ye! Nah meh saye belanje sikit gambar keluarga kecil kami.




Salam sayang,

Puan Ery Sufiariantiey