Wednesday, 19 November 2014

Miliki Emas Dengan Bayaran Ansuran

Miliki Emas dengan Bayaran Ansuran! Jika anda seorang bakal raja sehari yang pening dan buntu mencari penyelesaian untuk menyediakan barang kemas buat bakal isteri tersayang, anda boleh tersenyum riang selepas membaca entri ini. Ya! Hari ini saya ingin kongsikan pengalaman saya membeli barang kemas secara ansuran tanpa sebarang interest dikenakan bagi melengkapkan hantaran perkahwinan kami 2 tahun yang lepas.

Tak semua orang memiliki bajet yang beribu-ribu untuk seutas rantai ataupun gelang untuk upacara batal air sembahyang, begitu juga kami. Kedai emas mana yang kami tak masuk masa cari barang hantaran dahulu? Semua kami redah, tapi tak satu pun berjaya menawan poket kami yang kurus ini. Hehehe! Bajet kami untuk barang kemas tak banyak.

Nak dijadikan cerita, semasa balik kampung 5 bulan sebelum majlis perkahwinan kami, kakak ipar bertanya pada saya. "Ery dah beli rantai atau gelang untuk batal air sembahyang ke?" Saya geleng kepala. Segan nak bagitau kami tiada bajet besar untuk itu. Mungkin kakak ipar dah dapat agak, dia pun bercerita tentang perniagaan emas yang diusahakan bersama abang Ery. Alahai kakak..kenapalah tak diberitahu awal-awal? Memang jimat dan sangat membantu poket kurusku! Macam mana tak jimat yang oi! Hanya bayar harga emas,kos admin 0.05% dan kos pengangkutan sahaja! Boleh bayar ansuran selama 4 bulan! Yang penting tanpa kos upah seperti kebiasaan kedai-kedai emas di luar sana! Untungkan!

Bagai pucuk dicita ulam mendatang kami pun terus 'lock' harga barang kemas yang di inginkan dan mulalah membayar kos emas tadi secara Easy Payment Purchase (EPP) seperti contoh di bawah ini.

Contoh pembelian emas secara Easy Payment Purchase  (EPP) System
Jika anda lihat pada gambar di atas, setelah anda memilih untuk membuat pembelian secara EPP System dan akad jual beli emas telah dilafazkan antara anda dan penjual, (dalam kes saya ini antara saya dan abang saya), satu jadual pembayaran akan diberikan bagi memudahkan anda membuat pembayaran pada bulan seterusnya. Tugas anda hanya perlu menyelesaikan bayaran hingga bulan ke empat dan setelah pembayaran penuh telah dibuat, barulah barang kemas anda itu diserahkan kepada anda. Mudahkan! Inilah yang kami lakukan untuk beli barang kemas bagi upacara batal air sembahyang dahulu!

Bukan sahaja barang kemas, malahan gold bar juga turut dibenarkan untuk pembelian secara ansuran ini. Konsep yang sama. Cuma nyatakan emas yang ingin dibeli, pilihan emas yang ada boleh rujuk disini ya, 'lock' harga - ini sangat penting kerana harga semasa emas berubah bagi setiap 20minit kalau tak salah saya. Harga emas adalah mengikut harga emas dunia yang terdapat di website public gold ya! Setelah harga dikunci, akad jual beli dilakukan dan pembayaran pertama dan kos admin dibayar penuh. Baki bayaran untuk 3 bulan seterusnya mengikut jadual. Bulan ke empat anda sudah memiliki emas yang telah dibeli itu. Jadi, nasihat saya, sila ambil langkah bijak bagi memudahkan diri anda merancang bajet kewangan bagi perkahwinan anda agar tidak membebankan.

Bagi anda yang ingin jadikan emas sebagai aset pelaburan, anda sememangnya bijak! Jika diperhatikan, harga semasa emas pada 7 November 2014 adalah RM127/gram berbanding RM132/ gram pada hari ini, iaitu 20 November 2014. Walaupun peningkatannya hanya RM5 setiap gram, ianya cukup membantu bagi anda yang mempunyai poket yang agak kurus seperti saya dahulu. Nasihat saya, belilah emas sewaktu harganya rendah dan jual ataupun pajak emas anda apabila harganya meningkat naik. Pelaburan melalui emas sangat menguntungkan!

Harga emas semasa pada 7 November 2014- RM127/gram

Harga emas semasa pada 20 November 2014 - RM132/gram
Semoga sedikit perkongsian daripada saya ini dapat membantu anda yang ingin menghadiahkan emas buat insan tersayang. Jika anda ingin membeli emas samada berupa rantai, gelang mahupun gold bar secara ansuran seperti yang saya kongsikan di atas melalui saya pun boleh, tiada masalah. Hubungi saya, Puan Ery di 019-3168392. Saya akan cuba membantu anda sebaik mungkin. Selamat membuat pilihan berhemat!

Salam mesra,

Puan Ery Sufiariantiey




Monday, 17 November 2014

Hutang Entri

Saya berhutang entri dengan anda! Maafkan saya ya. Kenapa? Mulai November 2014, semua anak didik di dalam support group Shaklee kami iaitu Master Millionaire diwajibkan untuk menyediakan satu entri sehari dalam blog masing-masing. Fuh! Baru tersedar dari lamunan agaknya. Hehehe! Jom pecut!

Kenapa kami perlu berblogging? Ini merupakan salah satu inisiatif yang dapat kami lakukan untuk menerangkan kepada masyarakat di luar sana tentang manfaat pengambilan makanan tambahan sebagai usaha kita menjaga kesihatan tubuh samada dari luaran mahupun dalaman. Makanan tambahan bukanlah ubat yang boleh menggantikan preskripsi dari doktor pakar, sebaliknya ia adalah vitamin tambahan yang dihasilkan bagi menampung kekurangan nutrisi harian tubuh kita.

Sedar ataupun tidak, setiap hari sel tubuh kita terdedah dengan pelbagai kerosakan akibat pelbagai jenis pencemaran. Pencemaran paling mudah adalah pencemaran udara. Dengan persekitaran tempat kerja yang berabuk dan berasap, kulit cepat kering, kusam dan tidak bermaya. Ditambah pula masalah kulit kepala yang berminyak. Kekotoran dari habuk dan asap yang terenap di kulit kepala yang berminyak akan menyebabkan masalah kelumumur dan rambut gugur. Lebih malang lagi sekiranya menyebabkan kebotakan!


Belum pun masalah di atas selesai, masalah lain pula timbul. Anda mungkin pernah mengalami masalah pencemaran air yang sangat kotor. Apabila paip dibuka untuk menadah air untuk dimasak, air yang mengalir keluar keruh dan berkarat. Tahukah anda? Plumbum, merkuri dan pelbagai sisa lain yang terkandung di dalam air paip ini membahayakan kesihatan tubuh andai tidak dirawat? Bukan sahaja menyebabkan kegagalan fungsi buah pinggang malahan menyebabkan kerengsaan kulit luaran terutamanya pada kulit wajah. Oh tidak! Habislah wajah suci anda dinodai jerawat batu yang tumbuh melata!

Siapa yang rasakan kedua-dua contoh pencemaran di atas adalah punca kepada masalah kesihatan yang mungkin sedang anda alami sekarang? Apa penyelesaian yang boleh saya tawarkan? Ya! Dengan memilih makanan tambahan yang tepat, masalah kesihatan anda mungkin dapat di atasi kerana mencegah itu lebih baik dari mengubati! Tapi, apakah ciri-ciri makanan tambahan yang berkesan? Ianya mestilah selamat, semulajadi, berkesan dan ianya adalah Shaklee!

Jom amalkan gaya hidup yang sihat bersama SHAKLEE!
Bagaimanapun, suka saya ingatkan. Makanan tambahan adalah sekadar pelengkap nutrisi dan ianya bukanlah ubat bagi merawat penyakit anda. Sebaiknya, anda dinasihatkan untuk merujuk doktor terlebih dahulu bagi mengenal pasti penyakit anda, dapatkan nasihat nutrisi tambahan yang diperlukan, barulah berjumpa kami untuk bertanya produk cadangan bagi menampung kekurangan nutrisi yang telah dikenalpasti. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Shaklee, anda boleh hubungi saya, pengedar Shaklee berdaftar di talian 0193168392. InshaAllah, saya akan cuba membantu sebaik mungkin.

Friday, 14 November 2014

Bubur Nasi Sedap Shah Alam

Siapa penggemar Bubur Nasi atau nama glamornya Nasi Air? Sila angkat tangan. Ya! Sep sikit! Kita boleh geng! Hehehe.. Setelah 4 tahun meninggalkan alam pelajaran, hari ini saya kembali ke Shah Alam semata-mata nak pekena bubur nasi kegemaran saya ni. Alhamdulillah. Usaha saya dan suami tak sia-sia. Restorannya masih wujud dan semakin maju nampaknya berbanding 5tahun dulu.

Terletak di Seksyen 17 Shah Alam, Restoran Yusri ini menghidangkan pelbagai masakan selera pantai timur yang memang menyelerakan. Nasi Air, pulut mangga, nasi kerabu, tomyam, adalah antara menu wajib yang akan di minta pengunjung restoran. 

Kenapa saya sukakan Nasi Air Restoran Yusri? 

Nasi Air a.k.a Bubur Nasi yang sangat sedap

Dah tahu kenapa? Nasi Air di sini dihidangkan dengan pelbagai lauk di dalamnya. Ada ikan bilis, ayam, telur asin, cili padi, bubur nasi dan paling penting sup nya sangat sedap! Terlalu sedap sampai terlupa nak pelawa encik suami merasa. Ops! Maaf ye encik suami!

Sementara saya dengan bahagianya menjamu selera, encik suami memesan Nasi Pattaya untuk beliau.

Nasi Pattaya Restoran Yusri

Ha! Nampak menyelerakan kan? Sangat presentable! Rasanya? Pada saya sedap dan boleh diterima tekak. Hik3! Ada kelainan sebab di dalamnya diletakkan daging berbanding isi ayam seperti yang disediakan di restoran lain. Sempat jugalah saya merasa sesudu dua. Mujur encik suami sempat menjeling isterinya yang kelaparan!

Secara keseluruhan, saya berikan:

Persekitaran: 3 daripada 5 bintang
Layanan: 3 daripada 5 bintang (lambat ambil pesanan kami & makanan pun lambat sampai)
Makanan: Nasi Air (5 bintang) & Nasi Pattaya (3 daripada 5 bintang)
Harga: Nasi Air RM 4.50, Nasi Pattaya RM6- mahal sikit dari harga dulu.

Jadi, pada anda yang sangat sukakan Nasi Air dan Nasi Pattaya, mungkin anda boleh berkunjung ke Restoran Yusri ini. Tak susah nak cari sebab restoran ini diterangi lampu pendaflour warna hijau, dari jauh dah nampak! Landmark terdekat adalah bersebelahan kedai kek dan bakeri Cute Sunday dan berhampiran BSN di stesyen bas ekspress Seksyen 17, Shah Alam. Selamat mencuba dan kongsikan pengalaman anda di sini ya!

Salam mesra,

Puan Ery Sufiariantiey




Mummylicious Susu Kambing Asli

Mummylicious Susu Kambing Asli diformulasi daripada susu kambing asli bersama gabungan makanan Sunnah yang berkhasiat dan bermutu tinggi khusus untuk membekalkan nutrisi yang mencukupi bagi memberikan tahap kesihatan yang optima. Ia sesuai untuk hidangan seisi keluarga termasuk golongan kanak-kanak seawal usia 5 bulan (bagi bayi yang telah mengambil makanan pejal).

Mummylicious Susu Kambing Asli bukan sahaja mengandungi makanan Sunnah seperti madu, delima dan kurma yang kaya dengan khasiat untuk kesihatan tubuh badan, malah turut diperkaya dengan kebaikan AHA (Asid Hidroksi Alpha) yang sering terkandung di dalam susu serta buah-buahan seperti anggur, epal dan limau bagi memelihara kesihatan dan kecantikan kulit. Kandungan DHA (Asid Dokosaheksanoik) yang turut terkandung di dalam produk ini pula merupakan asid lemak Omega-3 yang sering terkandung di dalam minyak ikan laut dalam, berupaya menggalakkan fungsi sistem saraf, meningkatkan kecergasan dan kecerdasan minda.

Susu Kambing Mummylicious Asli Dengan Sukrosa berwajah baru
Apakah Khasiat Mummylicious Susu Kambing Asli ini?
  • Meningkatkan sistem imunisasi bagi mencegah jangkitan penyakit
  • Meningatkan tahap tenaga dan kecergasan tubuh badan
  • Meningkatkan kecerdasan minda
  • Memelihara kesihatan kulit
  • Membantu melancarkan proses penghadaman dan pencernaan
  • Memelihara kesihatan organ dalaman
  • Menggalakkan penyerapan nutrien ke dalam tubuh badan
  • Kaya dengan khasiat dari sumber semulajadi serta makanan Sunnah
  • Tanpa lemak trans serta bau hamis
Apakah Kandungan Mummylicious Susu Kambing Asli?

Susu Kambing: Susu kambing kaya dengan khasiat dari sumber protein, vitamin A, vitamin B1, vitamin D, riboflavin, choline dan inositol yang membantu menyembuhkan luka, mengukuhkan tulang dan otot,  dan menggalakkan pertumbuhan semula sel dalam tubuh serta memelihara sistem imunisasi bagi mencegah jangkitan penyakit. Selain menyingkirkan toksin dalam tubuh serta melancarkan sistem penghadaman dan pencernaan, susu kambing juga berupaya membantu proses tumbesaran dan perkembangan mental di samping mengukuhkan tulang dan otot, menstabilkan tahap kolestrol, serta memelihara sistem saraf.

Krimer Bukan Tenusu: Pengganti susu atau krimer ini terhasil daripada lemak sayuran dan mengandungi sirap glukos yang memberikan sedikit rasa manis kepada krimer bukan tenusu. Ia bebas laktosa dan sesuai untuk mereka yang alah terhadap bahan tenusu. Krimer bukan tenusu mempunyai jangka hayat yang lebih lama di samping mampu menstabilkan rasa dan haba minuman.

Sukros: Sukros merupakan pemanis alternatif yang sering terkandung di dalam buah-buahan dan ia mengandungi karbohidrat yang berupaya membekalkan tenaga kepada tubuh badan.

Kurma: Kurma sememangnya kaya dengan kebaikan untuk memelihara kesihatan tubuh. Ia tinggi kandungan potassium, serat dan mangan yang berupaya memelihara sistem saraf dan jantung serta membantu melancarkan proses pencernaan. Manakala Vitamin B6 di dalam kurma pula berupaya menggalakkan penghantaran oksigen ke bahagian organ dalaman tubuh termasuk otak sekaligus membantu meningkatkan tahap tenaga di samping meningkatkan daya tumpuan dan memori serta membantu meredakan tekanan.

Kismis: Kismis merupakan buah anggur yang telah dikeringkan kaya dengan khasiat dari sumber kalsium, zat besi, kalium, vitamin C dan B6, serta folat yang berupaya memelihara sistem saraf, membina tulang dan gigi yang sihat, menstabilkan tekanan darah serta membantu pembentukan kolagen di dalam tubuh. Selain membantu menjana penyerapan zat besi ke dalam badan, kismis turut mampu membantu meningkatkan tahap tenaga fizikal di samping membentuk sel darah merah yang amat penting bagi peredaran darah ke seluruh tubuh termasuk bahagian otak sekaligus merangsang daya memori dan tumpuan.

Delima:Delima mengandungi mengandungi anthocyanin dan tannin hidrolisis yang merupakan agen antioksida yang berfungsi menyingkirkan toksin daripada tubuh badan seterusnya membantu mencegah kerosakan sel dan menentang proses penuaan dan serangan kanser. Selain membantu menggalakkan pertumbuhan sel-sel kulit yang sihat, buah delima juga berupaya memelihara kesihatan jantung, melancarkan sistem pencernaan serta meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan.

Za’faran:Turut dikenali dengan nama Saffron, ia kaya dengan karbohidrat, vitamin B1 dan B2 yang berfungsi melancarkan proses penghadaman, menstabilkan tekanan darah dan mengatasi masalah sindrom pra-haid dan kitaran haid yang tidak menentu di samping membantu menggalakkan keupayaan mental, mengatasi masalah kulit yang berjerawat, kering dan kusam seterusnya meningkatkan kehalusan dan kecerahan kulit. Bunga ini juga bersifat antioksidan yang berupaya meneutralkan radikal bebas sekaligus mencegah proses penuaan dan kerosakan sel.

Madu: Madu merupakan manisan yang dihasilkan oleh lebah menggunakan nectar bunga dan terdiri daripada glukosa dan fruktosa yang berupaya membekalkan tenaga kepada tubuh badan. Ia mengandungi vitamin B kompleks, magnesium, fosforus, mangan dan potassium yang berperanan memelihara kesihatan tulang dan gigi selain meningkatkan tahap metabolisme, menggalakkan fungsi otak dan sistem saraf, serta menstabilkan tekanan darah. Selain berupaya meningkatkan sistem imunisasi yang berperanan mencegah daripada penyakit, madu turut bertindak sebagai agen antioksida dan antiradang di samping membantu menggalakkan proses pemulihan luka dan memelihara kesihatan kulit.

Buah Tiin: Turut dipanggil buah Ara, ia kaya dengan serat, kalsium, Omega 3, Omega 6 dan Kalium yang berupaya menstabilkan tekanan darah, mencegah serangan jantung koroner, mengurangkan kolestrol di samping memelihara kesihatan kulit dan meningkatkan daya ketahanan tubuh bagi mencegah serangan penyakit.

Zaitun: Minyak zaitun kaya dengan asid lemak tak tepu yang berupaya mengurangkan risiko serangan jantung, penyakit kardiovaskular, tekanan darah tinggi, strok dan radang. Ia juga bersifat antioksidan bagi membantu menyingkirkan toksin daripada tubuh badan seterusnya membantu mencegah kerosakan sel di samping menstabilkan tahap kolestrol. Minyak yang diesktrak daripada buah zaitun ini juga berupaya memelihara kecantikan kulit dan kesihatan rambut serta mengurangkan risiko serangan kanser.

Habbatus Sauda: Herba yang turut dipanggil Jintan Hitam ini sarat dengan khasiat dari sumber asid lemak Omega 3 dan 6 yang membekalkan nutrisi yang penting bagi otak untuk meningkatkan kecerdasan dan daya memori. Di samping itu, Habbatussauda yang tinggi kandungan antioksidan ini juga berupaya memperbaiki struktur kulit serta meneutralkan radikal bebas sekaligus membantu mencegah kerosakan sel dan melambatkan proses penuaan. Ia turut berupaya meningkatkan tahap tenaga dan kecergasan, melancarkan peredaran darah, mencegah kerosakan sel, mengatasi masalah pernafasan serta membantu meningkatkan daya ketahanan tubuh untuk mencegah serangan penyakit.

Bagaimana Cara Penyediaan Mummylicious Susu Kambing Asli

Dewasa:
1. Bancuh 2 sudu Mummylicious Susu Kambing bersama 120 ml air suam.
2. Kacau hingga larut dan ia sedia untuk dinikmati.
3. Simpan di tempat yang kering dan dingin.

Kanak-Kanak:
1. Tuangkan 2 sudu Mummylicious Susu Kambing Asli ke dalam 120 ml air suam.
2. Kacau atau goncang botol hingga sebati dan ia sedia untuk diminum.

Kini, dengan packaging berwajah baru, Susu Kambing Mummylicious Asli sedia untuk dimiliki oleh semua pengunjung setia blog saya ini. Setiap pembelian 2 kotak susu dan ke atas, diskaun 5% akan diberikan. Sepanjang November 2014 ini, setiap pembeli yang bertuah akan berpeluang memiliki hadiah misteri yang akan kami kirimkan bersama susu yang telah anda beli. Seronokkan! Ini sebagai tanda penghargaan kami kepada anda yang selama ini menyokong perniagaan kami. Jutaan terima kasih diucapkan. Moga Allah S.W.T sahaja yang mampu membalas. 

Anda ingin membuat pembelian? Ikuti langkah mudah berikut:
  • Dail/ SMS/WA ke 019-3168392, Puan Ery
  • Nyatakan susu kambing yang ingin dibeli 
  • Buat pembayaran ke akaun yang di nyatakan
  • Kami uruskan pengeposan pada hari yang sama
  • Tracking number akan di berikan setelah pengeposan dilakukan
  • Tunggu bungkusan susu anda sampai di pintu rumah anda!

Mudahkan? Oh ya! Sekadar peringatan. Sila berikan tempoh 2-3 hari bekerja bagi encik posmen menguruskan parcel anda. Kami menggunakan khidmat kurier Poslaju bagi bungkusan 1kg ke bawah dan Citylink bagi 1kg ke atas. Pengeposan ke seluruh Malaysia. Kos pengeposan bergantung kepada berat bungkusan anda ya! Segala kemusykilan tentang produk mahupun kawasan jajahan untuk kami C.O.D (sekitar Meru, Kapar, Klang dan Shah Alam - cas penghantaran mungkin dikenakan bergantung pada kawasan) turut boleh diajukan kepada kami. Jadi, pada anda yang masih belum membuat pembelian susu kambing Mummylicious ini daripada kami, sila ambil telefon anda sekarang dan dail atau sms atau what's app ke 019-3168392, Puan Ery dan tempahlah susu kambing anda hari ini juga!

Salam mesra,

Puan Ery Sufiariantiey


Friday, 7 November 2014

Selamat Hari Jadi Yang Pertama Aniqah Delisya!

Selamat Hari Lahir Yang Pertama Anakku Aniqah Delisya! Maafkan mama kerana mengambil tempoh yang lama untuk menyiapkan titipan ini. Tiga hari nota ini terhenti-henti. Cepat benar kamu sedar mama tiada disisi. Saat ini, kamu tenang beradu di lengan papa. Jadi, inilah waktu mama berkongsi cerita.

Alhamdulillah, setahun yang lalu, 11.33 pagi adalah saat yang paling menggembirakan buat kami berdua. Kepenatan bertarung hampir 5 jam di bilik bersalin hilang begitu sahaja bila terdengar esak tangismu yang pertama. Syukur! Alhamdulillah. Mama dan papa betul-betul bersyukur melihat kamu sempurna dan selamat dilahirkan ke dunia. Selamat datang ke dunia wahai penghuni syurga! Setahun berlalu tanpa sesaat kamu tiada disisi. Bukan mudah untuk mama buat keputusan antara kerjaya dan keluarga. Namun, meninggalkanmu di bawah jagaan orang lain, adalah sesuatu yang cukup menggusarkan hati kecil mama. Mama redha demi mu anakku. Biarlah kamu membesar di hadapan mata mama dan papa kerana kami tak mahu menyesal untuk menikmati waktu membesar kamu yang cukup singkat ini.
Kamu di hari pertama di dunia!
Hari ini genap setahun kamu bersama kami. Tapi, mama dan papa minta maaf sangat-sangat pada kamu sayang. Kami tidak mampu untuk belikan kamu hadiah hari jadi yang mahal-mahal. Kek hari lahir kamu pun hanya sepotong kecil. Mama tahu, papa terkilan tak dapat berikan kemewahan pada kita berdua. Tak mengapakan sayang? Seharusnya kamu mesti berbangga punyai papa yang sangat penyayang dan sentiasa cuba berikan yang terbaik buat kamu. Dialah yang berusaha keras selama ini menyara keperluan kita tanpa menghiraukan keperluan dirinya sendiri. Dan yang paling mama cemburukan, berbanding mama, papa lebih menyayangi kamu! Hik3! sekadar gurauan sayang..

Untuk saat ini, biarlah mama coretkan nukilan hati sebagai hadiah hari lahir buat tatapan anakanda kelak. Kamu membesar dengan cukup pantas. Semakin hari semakin comel, cantik dan bijak! Dua minggu pertama kelahiran kamu mengajar kami erti kesabaran yang cukup tinggi. Tidur kami tak pernah lena dek esak tangismu, rutin harian berubah 360 darjah! Jika dahulu, hujung minggu mama dan papa akan menonton wayang bersama-sama, kini televisyen di rumah menjadi layar wayang kita semua. Jika dahulu, kami bersiar-siar di taman dan membeli belah tanpa had waktu, kini semuanya dipendekkan menjadi satu jam sahaja! Hebat penangan kamu wahai anakanda! Kenapa? Usah ditanya. Ibarat kata Busu Tayu, kamu "baby hygiene"! Pantang pampers basah, mintak ditukar. Pantang dibaringkan lama, minta diangkat. Pantang bersendirian, minta ditemankan. Segalanya kami turutkan dengan penuh kasih sayang.

Kamu 3 bulan!
Seusia 3 bulan kamu sudah mula meniarap dan berusaha menggerakkan badan ke depan belakang. Comel sangat! Gigih berusaha siang malam. Pantang dapat peluang baring, pasti kamu meniarapkan badan. Seusia 5 bulan, kamu sudah duduk dengan tegap tanpa bantuan kami! 6 bulan, tangan kecil kamu sudah mula berpaut pada perabot di rumah kita untuk membolehkan kamu belajar berjalan. Biarpun kerap jatuh kerana hilang keseimbangan badan, kamu tetap berusaha tanpa jemu.

16 Ogos 2014, ya! Itu tarikh lahir mama dan pada hari itulah gigi pertama kamu tumbuh! Mujur yang tumbuh gigi hadapan sebelah bawah dahulu. Pesan nenek, biar gigi yang di bawah tumbuh dahulu, kalau sebelah atas tumbuh dahulu, nanti anaknya cakap besar! Hehehe..sejauh mana kebenarannya, jangan di tanya mama ya. Tapi kamu boleh tanya Pak Ngah kamu!

Kamu pada 11 Mac 2014
9 bulan terus berlalu dan kamu mula mengorak langkah pertama pada 19 September 2014. Antara yakin dengan tidak kamu melangkah. Tidak lagi bertatih seperti sebelum ini. Laju! Bagus sayang! Teruskan langkahmu! Menjangkau usia 11 bulan, kamu punyai hobi baru. Ya! Kamu suka memanjat tempat-tempat tinggi dan menarik keluar semua buku mama dari rak buku. Mainan kamu memang penuh sebakul. Tak puas mainan depan mata, kamu keluarkan pula pakaian dari almari. Mama? Tak mampu nak kata apa-apa. Redha saja lah.

Awal Muharam yang lepas, genap kamu setahun. Hari ini kamu banyak merengek. Mama hilang punca. Tak tahu mana yang silap. Mungkin nak beralih bulan lagi. Mujur papa ada disisi. Seolah-olah kamu tahu setahun telah berlalu, mewujudkan ikatan yang terlalu kuat di antara kita. Mama sangat bersyukur kerana masih mampu menyusukan kamu dengan susu badan mama. Moga niat mama untuk menyusukan kamu 2 tahun pertama ini dipermudahkan Allah S.W.T. Insha Allah ya sayang!

Anakanda ku sayang.. Andai mama punyai masa yang cukup singkat bersamamu, mama mohon maaf atas semua salah silap mama pada kamu selama kita bersama. Mungkin pernah diluar kewarasan mama memarahi atau memukul kamu, janganlah kamu berdendam. Izinkan mama jadi sahabat dan teman yang paling akrab untuk dirimu dunia akhirat. Setiap doa mama, tak pernah sekalipun tercicir namamu. Mama sentiasa doakan kamu diberikan kesihatan tubuh badan yang baik, dijauhkan dari segala musibah, diberikan kejayaan hidup di dunia dan akhirat, diberikan akhlak yang terpuji, di berikan akal fikiran yang cerdas dan genius dan dilimpahkan rezeki yang banyak, berkat dan tidak pernah putus. Moga kita sentiasa berada di bawah lembayung rahmah dan redha Allah S.W.T.

Kelak, bila mama meninggalkanmu, jangan sesekali kamu tangisi ketiadaan mama. Sebaliknya, kirimkanlah Al-Fatihah dan doa yang sama seperti yang pernah mama kirikmkan untukmu sepanjang tubuh ini bernafas. Tolong mama jaga boyfriend kita ya sayang! Mama tinggalkan kamu dengan papa supaya kamu saling menjaga antara satu sama lain. Papa seorang yang pendiam. Tapi mama tahu kamu ada sentuhan yang cukup untuk buatkan papa tidak kesunyian. Lillahi Ta'ala! Andai mama diberikan peluang kedua untuk hidup, mama akan lakukan yang terbaik untuk melindungi kalian berdua sepenuh hati mama.
Si manja papa

Ini amanat mama yang paling penting! Seiring usia kamu yang semakin meningkat, jagalah tingkah laku kamu sentiasa agar sentiasa disenangi ramai. Berkawan biar seribu, berkasih biarlah satu. Jangan sesekali kamu palitkan arang di wajah orang tua mu. Andai tiada lagi bahu kami untuk kamu sandarkan keluh kesahmu, kamu masih punyai sejadah untuk sujud meminta dan mengadu kepadaNya. Mama dan papa izinkan kamu menuntut ilmu sebanyak yang mungkin, meredhakan kamu berjuang sebagai srikandi Islam dan kami sentiasa mendoakan kamu supaya sentiasa berada dibawah lindungan rahmat Allah S.W.T. Semoga kamu menjadi penyelamat kami di akhirat kelak. Insha Allah.

Terima kasih Ya Allah atas cinta yang tidak ternilai ini. Izinkan kami tunaikan amanahMu sebelum Kau menjemput kami kembali ke pangkuanMu. AmanahMu ini cukup besar ertinya buat kami berdua. Moga setiap keputusan yang kami ambil hari ini, memberi kebaikan yang menguntungkan buat permata hati kami, Aniqah Delisya binti Mohd Norrasyid kelak. Lindungilah kami Ya Allah dari sifat riak dan takabbur serta hasad dengki ain manusia. InshaAllah.

Ikhlas,

Puan Ery Sufiariantiey

Mamamu..