Siapa penggemar Bubur Nasi atau nama glamornya Nasi Air? Sila angkat tangan. Ya! Sep sikit! Kita boleh geng! Hehehe.. Setelah 4 tahun meninggalkan alam pelajaran, hari ini saya kembali ke Shah Alam semata-mata nak pekena bubur nasi kegemaran saya ni. Alhamdulillah. Usaha saya dan suami tak sia-sia. Restorannya masih wujud dan semakin maju nampaknya berbanding 5tahun dulu.
Terletak di Seksyen 17 Shah Alam, Restoran Yusri ini menghidangkan pelbagai masakan selera pantai timur yang memang menyelerakan. Nasi Air, pulut mangga, nasi kerabu, tomyam, adalah antara menu wajib yang akan di minta pengunjung restoran.
Kenapa saya sukakan Nasi Air Restoran Yusri?
Nasi Air a.k.a Bubur Nasi yang sangat sedap |
Dah tahu kenapa? Nasi Air di sini dihidangkan dengan pelbagai lauk di dalamnya. Ada ikan bilis, ayam, telur asin, cili padi, bubur nasi dan paling penting sup nya sangat sedap! Terlalu sedap sampai terlupa nak pelawa encik suami merasa. Ops! Maaf ye encik suami!
Sementara saya dengan bahagianya menjamu selera, encik suami memesan Nasi Pattaya untuk beliau.
Nasi Pattaya Restoran Yusri |
Ha! Nampak menyelerakan kan? Sangat presentable! Rasanya? Pada saya sedap dan boleh diterima tekak. Hik3! Ada kelainan sebab di dalamnya diletakkan daging berbanding isi ayam seperti yang disediakan di restoran lain. Sempat jugalah saya merasa sesudu dua. Mujur encik suami sempat menjeling isterinya yang kelaparan!
Secara keseluruhan, saya berikan:
Persekitaran: 3 daripada 5 bintang
Layanan: 3 daripada 5 bintang (lambat ambil pesanan kami & makanan pun lambat sampai)
Makanan: Nasi Air (5 bintang) & Nasi Pattaya (3 daripada 5 bintang)
Harga: Nasi Air RM 4.50, Nasi Pattaya RM6- mahal sikit dari harga dulu.
Jadi, pada anda yang sangat sukakan Nasi Air dan Nasi Pattaya, mungkin anda boleh berkunjung ke Restoran Yusri ini. Tak susah nak cari sebab restoran ini diterangi lampu pendaflour warna hijau, dari jauh dah nampak! Landmark terdekat adalah bersebelahan kedai kek dan bakeri Cute Sunday dan berhampiran BSN di stesyen bas ekspress Seksyen 17, Shah Alam. Selamat mencuba dan kongsikan pengalaman anda di sini ya!
Salam mesra,
Puan Ery Sufiariantiey
No comments:
Post a Comment